Penghantar Komunikasi: SCCA 1013

Assalamu`alaikum wrwbt dan selamat sejahtera,

Tahniah kerana telah menyelesaikan dua tugasan dan dua kuiz. Semoga ilmu dapat diamalkan.

Berikut adalah markah terkumpul  untuk dua tugasan dan dua kuiz itu.

SCCA1013_carry marks_version 2003_blog

Beberapa cadangan untuk dimanfaatkan pada masa akan datang:

  1. Niatlah  belajar untuk meningkatkan prestasi diri agar menjadi insan yang lebih baik, samada sebagai pekerja, sebagai individu, sebagai anak, ibu, isteri, bapa, dll. Seseungguhnya Tuhan suka amalan yang terbaik (ahsan).
  2. Mungkin ada yang merasa “susah” kerana sudah lama meninggalkan bidang akademik, tetapi ingatlah makanan otak ialah ilmu.
  3. Belajar secara jarak jauh agak mencabar kerana banyak perlu berusaha sendiri, tetapi zaman ini zaman teknologi. Boleh tanya Mr. Google. Perbincangan pun boleh melalui Skype dll
  4. Arahan dan pembahagian/pecahan markah adalah untuk membantu dalam penulisan, jadi elok diberi perhatian.
  5. Kerja secara “cut-and-paste” memang senang tetapi ia menipu diri sendiri dan tidak mendatangkan perkembangan kepada otak. Malah rezeki yang bertambah dek kenaikan pangkat setelah tamat belajar nanti mungkin boleh dipertikaikan.

Selamat maju jaya. Terima kasih

P/S: Sekirannya ada sesiapa ingin membuat semula tugasan mereka, saya izinkan. Harap hantar/pos kepada saya dalam bentuk hard-copies (kerana mata saya sakit kalau lama menatap skrin komputer) dan di staple SAHAJA. Tugasan hendaklah sampai kepada saya paling lewat 5 Mei 2016 3 ptg.

Alamat saya: T08, Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai.

Sesiapa yang ingin berbincang dengan saya, bolehlah menghantar e-mel atau whatsapp dulu. Saya akan memberi respon selepas 21 April ini insya ALLAH.